Wednesday, May 6, 2015

Lawatan Pengarah Pertanian Negeri Selangor Ke Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling


Lawatan ini telah diadakan pada 21 April 2015 yang lalu bertempat di Pejabat Daerah Gombak/Petaling dimana kali ini tiba giliran bagi Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling dilawati oleh Pengarah Pertanian Negeri Selangor Encik Mohamad Idrus Ab. Hamid . Mesyuarat JKPAK juga dibuat pada hari yang sama sebelum Pengarah Pertanian turun melawat kawasan sekeliling pejabat dan projek IAT daerah di KIMAR.


Mesyuarat JKPAK 

Semua pegawai bahagian Pentadbiran dan Kewangan Ibu Pejabat Pertanian Negeri Selangor, Pegawai Pertanian Daerah dan Pegawai-Pegawai Daerah antara tetamu yang turut hadir pada mesyuarat dan lawatan ini.






Sesi lawatan ke tapak Fertigasi Terbuka Rock Melon

Setelah Mesyuarat JKPAK selesai kesemua mereka telah dibawa oleh Pegawai Pertanian Daerah Gombak/Petaling En. Abdul Razak Abdul Rahman melawat Projek Fertigasi Terbuka Rock Melon milik pengusaha-pengusaha muda iaitu En. Arshad, En. Yusri dan En. Aizat. Penerangan mengenai projek ini juga diberikan oleh mereka bertiga.






Sesi lawatan ke Projek Tanaman Salad Hidroponik NFT

Selepas itu mereka dibawa ke Projek Tanaman Salad Hidroponik NFT milik dua pengusaha En. Shamsudin Haron dan En. Mohd Dairul dimana mereka menanam dua jenis salad iaitu jenis Green Coral dan Red Coral. Sementara itu mereka juga mempunyai plot percubaan bagi sayur jenis Sawi, Kailan dan Bayam Merah. En Shamsudin Haron dan En. Mohd Dairul juga memberi sedikit penerangan mengenai tanaman salad hidroponik NFT kepada Pengarah Pertanian Negeri.


Petak tanaman Anggur

Setelah puas melawat kawasan pejabat mereka semua dibawa ke projek pertanian bandar di PDK Cawangan Gombak dibawah bimbingan Penolong Pegawai Pertanian Kawasan Gombak Timur, En. Mohd Soib Abd Latiff.






Lawatan terakhir adalah di KIMAR singkatan dari perkataan Kompleks Industri Makanan Mara yang

terletak di Batu Caves. Disini mereka dibawa melawat ke kilang memproses roti kebab. Mereka juga diberi sedikit penerangan ringkas dari Pegawai IAT Puan Azfa Norhalili.





Terima kasih diucapkan kepada Pengarah Pertanian Negeri Selangor En. Mohamad Idrus Ab. Hamid, Timbalan Pengarah Pertanian En. Mohd Abidin Mohd Ariffin, Pegawai-Pegawai Pertanian Daerah, Pegawai-Pegawai Pentadbiran dan Kewangan serta Pegawai-Pegawai lain dan semua pemandu-pemandu yang sudi hadir ke lawatan kali ini.



No comments:

Post a Comment

Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling