Friday, February 22, 2019

Kemaskini : Kursus Pertanian 2019 Anjuran Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling


Kemaskini terkini sehingga 11 Julai 2019 baki bilangan permohonan kursus yang boleh dimohon



Mana-mana  peserta yang ingin memohon dinasihatkan untuk melihat baki permohonan kursus yang telah pihak kami kemaskini. 

Permohonan masih boleh dibuat melalui dua cara iaitu datang sendiri ke kaunter pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau muat turun borang permohonan di blog ini pada ruangan PENGUMUMAN.

Penghantaran borang permohonan yang telah lengkap diisi juga melalui dua cara iaitu hantar secara serahan tangan atau boleh email borang permohonan tersebut ke alamat email jpn.gombak@gmail.com.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi kami di talian 0361896905.




Wednesday, February 20, 2019

Lawatan dari YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (2) Ke Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling



Pada 19/02/2019 (Selasa) Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling telah menerima lawatan dari YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (2) oleh Datuk Seri Abdullah Bin Prof. Datuk Abdul Fatah dan Datin Seri Nurmala Binti Haji Mas'odi bersama 3 orang murid dengan tujuan mendapatkan ilmu dan pendedahan awal bagi projek-projek pertanian.














Mereka dibawa melawat Projek Veggie Factory, Projek Ternakan Udang Air Tawar, Projek Tanaman Tin, Projek Tanaman Cendawan dan Projek Nurseri.

Terima Kasih diatas kesudian untuk datang menimba ilmu dari usahawan-usahawan di Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling.

SmartGrow Agro Page
WF Agrotech
Mystique Figs

#agroselangor
#smartagro
#doaselangor
#pejabatpertaniandaerahgombakpetaling
#jabatanpertaniannegeriselangor


Friday, February 1, 2019

KURSUS PERTANIAN 2019 PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK/PETALING



Kursus Pertanian 2019 anjuran Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling kini dibuka untuk permohonan.



Kepada sesiapa yang berminat boleh memohon dengan mengisi borang permohonan mengikut kursus yang tertera di dalam jadual.

Jadual dan borang kursus boleh didapati di kaunter pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau boleh dimuat turun dilaman blog kami (https://pertaniangombakpetaling.blogspot.com) diruangan PENGUMUMAN.

* Penyertaan kursus Industri Asas Tani (IAT) terhad kepada 1 permohonan/individu SAHAJA.

* Penyertaan kursus tanaman terhad kepada 3 permohonan/individu SAHAJA.

* Kursus yang ditawarkan adalah KURSUS ASAS sahaja.

* Pemilihan peserta adalah muktamad dan tertakluk kepada KULULUSAN Pegawai Pertanian Daerah.

* Tiada sebarang BAYARAN dikenakan dan MAKAN/MINUM disediakan.

* Peserta yang telah mendapat kelulusan akan DIHUBUNGI oleh Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling.

Borang permohonan boleh dihantar melalui dua cara sama ada melalui serahan tangan di kaunter pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau melalui email (jpn.gombak@gmail.com)

Sebarang pertanyaan mengenai kursus ini boleh menghubungi kami di talian 03-61896905 atau boleh menghantar pertanyaan di Facebook/Blog.


#doaselangor
#agroselangor
#pertaniangombak
#pertanianpetaling

Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling