Tuesday, December 5, 2017

Program Latihan Kemahiran Pertanian (Sijil/Diploma Kemahiran) Pengambilan bagi bulan Januari 2018



PENGAMBILAN UNTUK BULAN JANUARI 2018 bagi Program Latihan Kemahiran Pertanian Sijil/Diploma Kemahiran dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Kos Pengajian, Penginapan, Makan dan Minum PERCUMA dengan mendapat elaun secara bulanan.

Syarat Permohonan :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 hingga 25 tahun
3. Lulus SPM atau setaraf
4. Sihat tubuh badan

Bidang yang ditawarkan :
* Tanaman
* Ternakan (Ruminan & Poltri)
* Teknologi Perikanan Tangkapan
* Pengeluaran Padi
* Pemasaran
* Pemprosesan Makanan 
* Akuakultur Air Tawar
* Akuakultur Marin


Pengambilan pelajar bagi bulan Januari 2018 akan ditutup pada 15.12.2017

Berminat? boleh mohon secara online di laman web http://atpis.moa.gov.my/V4/online/application/

Monday, December 4, 2017

AGROGEMS (Agro Generasi Muda Selangor)



Peluang keemasan untuk anak-anak muda yang ingin menjadi usahawan tani..

Seminar AGROGEMS (Agro Generasi Muda Selangor)

Tarikh : 5 Disember 2017 (Selasa)
Masa : 8.00pg - 5 petang
Tempat : Dewan Orkid, Tingkat 4, Wisma PKPS, Shah Alam.

Bayaran: RM10 sahaja

Peserta akan didedahkan kepada :

1- Peluang Perniagaan Dalam Sektor Pertanian/Penternakan
2- Pengenalan Teknologi Fertigasi Tanaman Rock Melon/Cili
3- Pendedahan Sektor Penternakan Ayam Kampung di Selangor
4- Pendedahan Sektor Penternakan Ikan Air Tawar di Selangor

Syarat² penyertaan :

- Berumur 18-40 tahun
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak Selangor
- Bermastatutin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
- Terbuka kepada yang sedang/belum menjalankan projek pertanian

Pendaftaran secara atas talian boleh dibuat melalui link berikut :


Dikeluarkan oleh :

Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani
Kerajaan Negeri Selangor
24 November 2017

Maklumat lanjut boleh didapati di Page Agro Generasi Muda Selangor - AGROGEMS



Sunday, November 26, 2017

KARNIVAL JELAJAH INFRATANI DUN TAMAN TEMPLER


Karnival Jelajah Infratani Dun Taman Templer yang dirasmikan oleh YB Hj Zaidy Abdul Talib di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang semalam 25 November 2017, dimana Negeri Selangor bakal diletakkan sebagai peneraju pertanian moden negara.















Lagi gambar di Laman Rasmi Facebook kami :






Tuesday, November 14, 2017

SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PERTANIAN 2017


Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian dengan tema "Inovasi Pencetus Warga Kreatif" telah berlangsung pada 9 Oktober 2017 bertempat di Dewan Besar Institut Pertanian Serdang, Selangor. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Pembangunan (TKPP) Datuk Jabar Bin Shaik Mohideen. 

Pada hari sambutan ini Pegawai Pertanian Daerah Gombak/Petaling, Encik Abdul Razak Abdul Rahman telah dianugerahkan Pingat Emas bagi Kategori Pegawai Anugerah Inovasi Teknologi Pertanian serta diberikan Sijil Penyertaan Pertandingan yang lalu.





Hari yang sama juga, pameran berkenaan dengan Teknologi Veggie Factory secara mini serta peralatan yang digunakan adalah antara yang dipamerkan.













Saturday, October 28, 2017

Kursus Pembaikpulih Tanaman (Cantuman Dewasa)

Kursus Pembaikpulih Tanaman atau cantuman dewasa ini telah diadakan pada 14 Oktober 2017 yang lepas di Kampung Sungai Samak dimana seramai 20 peserta telah menyertainya.




Penerangan dan tunjuk ajar secara teknikal ditunjukkan oleh Pegawai Kawasan Gombak Barat En. Akmal Khair Jasmani 







Semoga para peserta yang menyertai kursus ini dapat memanfaatkan ilmu tersebut untuk digunakan dikemudian hari

Lagi gambar di laman facebook kami

Tuesday, September 26, 2017

Mari ramai-ramai ke AGRO CARNIVAL di Selayang Mall



🚗📣📢 Pin.. Pin.. Tumpang lalu!!! Kami nak ajak ramai-ramai ke AGRO CARNIVAL di SELAYANG MALL pada 1/10/2017 (Ahad) jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam!!! Terdapat pelbagai PAMERAN, PERTANDINGAN dan HADIAH 🎁🎁 menarik yang akan diadakan termasuk jualan PRODUK-PRODUK PERTANIAN 🍪🍯🍡🍢 serta JUALAN SAYUR 🍆🍅 dan BUAH 🍌🍉🍍🌽 dengan harga yang MURAH.. CEPAT!!! JANGAN LEPASKAN PELUANG..
Dirasmikan oleh : YB Tuan Zaidy Bin Abdul Talib 
(Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani)

Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling