Friday, February 1, 2019

KURSUS PERTANIAN 2019 PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK/PETALING



Kursus Pertanian 2019 anjuran Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling kini dibuka untuk permohonan.



Kepada sesiapa yang berminat boleh memohon dengan mengisi borang permohonan mengikut kursus yang tertera di dalam jadual.

Jadual dan borang kursus boleh didapati di kaunter pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau boleh dimuat turun dilaman blog kami (https://pertaniangombakpetaling.blogspot.com) diruangan PENGUMUMAN.

* Penyertaan kursus Industri Asas Tani (IAT) terhad kepada 1 permohonan/individu SAHAJA.

* Penyertaan kursus tanaman terhad kepada 3 permohonan/individu SAHAJA.

* Kursus yang ditawarkan adalah KURSUS ASAS sahaja.

* Pemilihan peserta adalah muktamad dan tertakluk kepada KULULUSAN Pegawai Pertanian Daerah.

* Tiada sebarang BAYARAN dikenakan dan MAKAN/MINUM disediakan.

* Peserta yang telah mendapat kelulusan akan DIHUBUNGI oleh Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling.

Borang permohonan boleh dihantar melalui dua cara sama ada melalui serahan tangan di kaunter pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau melalui email (jpn.gombak@gmail.com)

Sebarang pertanyaan mengenai kursus ini boleh menghubungi kami di talian 03-61896905 atau boleh menghantar pertanyaan di Facebook/Blog.


#doaselangor
#agroselangor
#pertaniangombak
#pertanianpetaling

Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling