Tuesday, May 5, 2020

NOTIS MAKLUMAN WAKTU OPERASI PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK / PETALING SEPANJANG TEMPOH PKPB BERMULA 4 MEI 2020

NOTIS MAKLUMAN WAKTU OPERASI PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK / PETALING SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BERMULA 4 MEI 2020.

Pelanggan yang dihormati,

Dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19 serta mengikut SOP yang telah ditetapkan, pihak Pejabat Pertanian Daerah Gombak / Petaling telah mengambil langkah-langkah pencegahan berikut untuk memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat dengan mengutamakan aspek keselamatan dan kesejahteraan awam.

1. Pelawat / Pelanggan TIDAK DIGALAKKAN berurusan di Pejabat Pertanian Daerah Gombak / Petaling untuk menggelakkan sebarang penyebaran jangkitan wabak COVID-19.

2. Sebarang urusan boleh dibuat secara atas talian melalui panggilan telefon ☎️ di talian 03-61896905 / 012-3748729 atau menghantar email 📩 di alamat email jpn.gombak@gmail.com atau boleh juga menghantar pesanan peribadi (PM) di akaun Facebook 📲 rasmi Pejabat Pertanian Daerah Gombak / Petaling bagi mengelakkan interaksi secara bersemuka.

3. Waktu operasi pejabat ini sepanjang PKPB adalah pada setiap hari ISNIN, RABU dan JUMAAT bermula jam 8.00 PAGI sehingga 3.00 PETANG sahaja.

4. Menghadkan waktu operasi ini adalah disebabkan Pejabat Pertanian Daerah Gombak / Petaling sedang menjalankan proses sanitasi di keseluruhan kawasan pejabat dan juga mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kami mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan dan kerjasama daripada anda, segala kesulitan amatlah dikesali.


Thursday, April 2, 2020

MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM / KURSUS PERTANIAN BAGI TAHUN 2020 ANJURAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK / PETALING BAGI TEMPOH KEDUA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)


MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM / KURSUS PERTANIAN BAGI TAHUN 2020 ANJURAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK / PETALING BAGI TEMPOH KEDUA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP).

Pihak kami ingin memaklumkan PENANGGUHAN tarikh perlaksanaan Kursus Pertanian Bagi Tahun 2020 Anjuran Pejabat Pertanian Daerah Gombak / Petaling sepanjang bulan Mac 2020 akan diteruskan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kedua iaitu 1 April 2020 sehingga 14 April 2020.

Butiran lebih lanjut seperti dalam lampiran/gambar dibawah.




Sunday, March 29, 2020

Agroshop Online Jualan Hasil Pertanian Secara Atas Talian | Sayur-sayuran dan Buah-buahan


Jualan hasil pertanian secara atas talian merupakan alternatif baru bagi memudahkan orang awam membeli sayur-sayuran dan buah-buahan 🥬🍆🥔🥕🥦🌽🌶️🍉🍌🍍 tanpa perlu keluar ke kedai/pasar dan tidak terdedah kepada risiko penyakit.

Agroshop online telah dibangunkan oleh usahawan Pertanian Daerah Gombak/Petaling bagi jualan hasil pertanian atas talian kepada penduduk kawasan lembah kelang khususnya.

Tuan/puan boleh melayari laman berkenaan untuk info pembelian seperti link dibawah.

+60193644986 WhatsApp 
+603 78660087 Call Centre
https://agroshop.onlineweb.shop/

#pejabatpertaniandaerahgombakpetaling
#jabatanpertaniannegeriselangor
#pertanian
#myDOA
#jabatanpertanianmalaysia
#makanankitamasadepankita
#doaselangor
#selangormajubersama
#agroselangor



Friday, February 21, 2020

TAWARAN MENJALANKAN PLOT PEMERHATIAN SISTEM FERTIGASI TANAMAN ROCK MELON DI PUSAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK/PETALING TELAH DIBUKA SEMULA SEHINGGA 15 MAC 2020


TAWARAN MENJALANKAN PLOT PEMERHATIAN SISTEM FERTIGASI TANAMAN ROCK MELON BERTEMPAT DI PUSAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK/PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN TELAH DIBUKA SEMULA SEHINGGA 15 MAC 2020. 

Jabatan Pertanian Negeri Selangor dengan ini menawarkan peluang kepada semua Warganegara Malaysia yang berminat bagi menjalankan plot pemerhatian Sistem Fertigasi Tanaman Rock Melon bertempat di Pusat Pertanian Daerah Gombak/Petaling. Teknologi yang akan digunakan adalah teknologi Fertigasi HydroPot. Tawaran adalah dibuka bagi tiga (3) unit rumah Struktur Perlindungan Hujan (SPH) yang berukuran 60’ X 62’ setiap satu.


Kepada yang berminat boleh mendapatkan Borang Permohonan melalui dua cara iaitu datang sendiri ke Kaunter Pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau muat turun Borang Permohonan, Syarat-Syarat Permohonan dan Senarai Dokumen Yang Diperlukan di ruangan PENGUMUMAN di sebelah kanan blog ini

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak kami ditalian : 03-61896905


Monday, February 3, 2020

KURSUS PERTANIAN TAHUN 2020 ANJURAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK/PETALING


Kursus Pertanian Tahun 2020 anjuran Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling telah DIBUKA untuk PERMOHONAN.

Mana-mana  peserta yang ingin memohon dinasihatkan untuk melihat baki permohonan kursus dan makluman yang telah pihak kami kemaskini. 

Permohonan masih boleh dibuat melalui dua cara iaitu datang sendiri ke kaunter pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau muat turun borang permohonan di blog ini pada ruangan PENGUMUMAN.

Penghantaran borang permohonan yang telah lengkap diisi juga melalui dua cara iaitu hantar secara serahan tangan atau boleh email borang permohonan tersebut ke alamat email jpn.gombak@gmail.com.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi kami di talian 0361896905.



Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling