Monday, January 19, 2015

Bahaya Epal Granny Smith dan Gala Kepada Manusia


Selepas Rumpai Miang Mexico kini timbul pula satu lagi kes dimana epal jenis Granny Smith dan Gala dicemari oleh sejenis bakteria Listeria monocytogenes yang boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada manusia dan ia juga berisiko membawa kepada kematian.

Epal Granny Smith

Epal jenis Granny Smith dan Gala ini dikeluarkan oleh Syarikat Bidart Brother di California, Amerika Syarikat telah dikenalpasti tercemar oleh pihak United States Food and Drug Administration (USFDA).

Epal Gala

Epal yang telah dicemari oleh bakteria Listeria monocytogenes berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda fizikal. Bakteria ini akan
menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya.

Bakteria Listeria monocytogenes

Kementerian Kesihatan telah mengenakan pemeriksaan tahan,uji, lepas ke atas pengimport dua jenis epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brother di semua pintu masuk. Kementerian Kesihatan juga telah mengenalpasti 2 pengimport epal ini dan telah mengarahkan pengimport terbabit memanggil balik buah epal tersebut dari pasaran.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat lanjut mengenai isu ini boleh layari laman web dibawah :




Sunday, January 11, 2015

Senarai Kursus Pertanian dan IAT di Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling 2015


Click pada gambar untuk melihat senarai kursus dengan lebih jelas

Kursus yang disenaraikan diatas adalah TERBUKA untuk 30 PESERTA SAHAJA bagi setiap kursus dan TIADA BAYARAN dikenakan, MAKAN/MINUM juga disediakan.

Borang pendaftaran kursus boleh didapati di Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau muat turun borang pendaftaran dibawah dan diserahkan semula kepada pihak kami 
2 MINGGU sebelum kursus bermula.

Muat turun Borang Pendaftaran Kursus 2015


Tuesday, January 6, 2015

TAKLIMAT PROGRAM AGROPRENEUR MUDA DAN PROGRAM PERTANIAN




Tarikh : 10/01/2015 (Sabtu)

Jam : 8.00 Pagi

Tempat : Tapak Pasar Jualan Terus Pej. Pertanian

Daerah Gombak

* Jemputan terbuka kepada semua, terutamanya yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program Agropreneur Muda dan Pertanian. Sebarang pertanyaan boleh PM kami di Facebook atau boleh hubungi pihak kami di talian 03-61884873.

Google Maps ke Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling

Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling