Tuesday, May 5, 2020

NOTIS MAKLUMAN WAKTU OPERASI PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK / PETALING SEPANJANG TEMPOH PKPB BERMULA 4 MEI 2020

NOTIS MAKLUMAN WAKTU OPERASI PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK / PETALING SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BERMULA 4 MEI 2020.

Pelanggan yang dihormati,

Dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19 serta mengikut SOP yang telah ditetapkan, pihak Pejabat Pertanian Daerah Gombak / Petaling telah mengambil langkah-langkah pencegahan berikut untuk memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat dengan mengutamakan aspek keselamatan dan kesejahteraan awam.

1. Pelawat / Pelanggan TIDAK DIGALAKKAN berurusan di Pejabat Pertanian Daerah Gombak / Petaling untuk menggelakkan sebarang penyebaran jangkitan wabak COVID-19.

2. Sebarang urusan boleh dibuat secara atas talian melalui panggilan telefon ☎️ di talian 03-61896905 / 012-3748729 atau menghantar email ðŸ“© di alamat email jpn.gombak@gmail.com atau boleh juga menghantar pesanan peribadi (PM) di akaun Facebook ðŸ“² rasmi Pejabat Pertanian Daerah Gombak / Petaling bagi mengelakkan interaksi secara bersemuka.

3. Waktu operasi pejabat ini sepanjang PKPB adalah pada setiap hari ISNIN, RABU dan JUMAAT bermula jam 8.00 PAGI sehingga 3.00 PETANG sahaja.

4. Menghadkan waktu operasi ini adalah disebabkan Pejabat Pertanian Daerah Gombak / Petaling sedang menjalankan proses sanitasi di keseluruhan kawasan pejabat dan juga mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kami mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan dan kerjasama daripada anda, segala kesulitan amatlah dikesali.


Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling