Friday, February 21, 2020

TAWARAN MENJALANKAN PLOT PEMERHATIAN SISTEM FERTIGASI TANAMAN ROCK MELON DI PUSAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK/PETALING TELAH DIBUKA SEMULA SEHINGGA 15 MAC 2020


TAWARAN MENJALANKAN PLOT PEMERHATIAN SISTEM FERTIGASI TANAMAN ROCK MELON BERTEMPAT DI PUSAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK/PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN TELAH DIBUKA SEMULA SEHINGGA 15 MAC 2020. 

Jabatan Pertanian Negeri Selangor dengan ini menawarkan peluang kepada semua Warganegara Malaysia yang berminat bagi menjalankan plot pemerhatian Sistem Fertigasi Tanaman Rock Melon bertempat di Pusat Pertanian Daerah Gombak/Petaling. Teknologi yang akan digunakan adalah teknologi Fertigasi HydroPot. Tawaran adalah dibuka bagi tiga (3) unit rumah Struktur Perlindungan Hujan (SPH) yang berukuran 60’ X 62’ setiap satu.


Kepada yang berminat boleh mendapatkan Borang Permohonan melalui dua cara iaitu datang sendiri ke Kaunter Pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau muat turun Borang Permohonan, Syarat-Syarat Permohonan dan Senarai Dokumen Yang Diperlukan di ruangan PENGUMUMAN di sebelah kanan blog ini

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak kami ditalian : 03-61896905


Monday, February 3, 2020

KURSUS PERTANIAN TAHUN 2020 ANJURAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK/PETALING


Kursus Pertanian Tahun 2020 anjuran Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling telah DIBUKA untuk PERMOHONAN.

Mana-mana  peserta yang ingin memohon dinasihatkan untuk melihat baki permohonan kursus dan makluman yang telah pihak kami kemaskini. 

Permohonan masih boleh dibuat melalui dua cara iaitu datang sendiri ke kaunter pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau muat turun borang permohonan di blog ini pada ruangan PENGUMUMAN.

Penghantaran borang permohonan yang telah lengkap diisi juga melalui dua cara iaitu hantar secara serahan tangan atau boleh email borang permohonan tersebut ke alamat email jpn.gombak@gmail.com.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi kami di talian 0361896905.



Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling