Thursday, July 24, 2014

Pengambilan Julai 2014 : Kursus Tool & Die Technology Di GIATMARA Petaling Jaya (S)




Kursus ini adalah satu-satunya yang ditawarkan oleh GIATMARA dan mempunyai potensi pekerjaan yang sangat luas dalam industri-industri pembuatan dan pengeluaran yang tidak mempunyai bekalan tenaga kerja separuh mahir yang mencukupi.

Kursus ini ditawarkan dalam 3 peringkat ( 2 tahun ) dan dianugerahkan Sijil Profesional GIATMARA serta SKM tahap 1, 2 dan 3 apabila pelatih tamat latihan.

Pihak GIATMARA masih mempunyai kekosongan tempat bagi kemasukkan bulan Julai 2014.

Pihak GIATMARA juga menyediakan tempat penginapan untuk pelatih sepanjang tempoh kursus.

Antara Bidang Tools & Die Technology :

> Rekabentuk
> Simulasi
> Pembuatan
> Baikpulih
> Presentasi


SYARAT KEMASUKAN


  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera
  3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
  4. Memiliki kelayakan akademik yang minimum
  5. Berminat dalam bidang dipohon
  6. Perlu mengikuti latihan secara berperingkat selama 24 bulan
  7. Pemohon-pemohon yang mempunyai SKM tahap 1 atau 2, boleh terus ke Tahap 2 atau 3

KEMUDAHAN

  1. Peluang belajar percuma
  2. Elaun RM 200.00 sebulan sepanjang latihan
  3. Tenaga oengajar pakar dan berpengalaman
  4. Peralatan berteknologi tinggi dan semasa
  5. Tempat tinggal disediakan
  6. Peluang latihan industri, kerjaya dan melanjutkan pelajaran
  7. Khidmat nasihat dan rundingan percuma

Jika berminat boleh muat turun Brosur Kursus Tool @ Die Technology GIATMARA pada link dibawah :

Pdf : Brosur Kursus Tool & Die Technology Di GIATMARA



No comments:

Post a Comment

Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling