Wednesday, February 20, 2019

Lawatan dari YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (2) Ke Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling



Pada 19/02/2019 (Selasa) Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling telah menerima lawatan dari YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (2) oleh Datuk Seri Abdullah Bin Prof. Datuk Abdul Fatah dan Datin Seri Nurmala Binti Haji Mas'odi bersama 3 orang murid dengan tujuan mendapatkan ilmu dan pendedahan awal bagi projek-projek pertanian.














Mereka dibawa melawat Projek Veggie Factory, Projek Ternakan Udang Air Tawar, Projek Tanaman Tin, Projek Tanaman Cendawan dan Projek Nurseri.

Terima Kasih diatas kesudian untuk datang menimba ilmu dari usahawan-usahawan di Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling.

SmartGrow Agro Page
WF Agrotech
Mystique Figs

#agroselangor
#smartagro
#doaselangor
#pejabatpertaniandaerahgombakpetaling
#jabatanpertaniannegeriselangor


Friday, February 1, 2019

KURSUS PERTANIAN 2019 PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK/PETALING



Kursus Pertanian 2019 anjuran Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling kini dibuka untuk permohonan.



Kepada sesiapa yang berminat boleh memohon dengan mengisi borang permohonan mengikut kursus yang tertera di dalam jadual.

Jadual dan borang kursus boleh didapati di kaunter pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau boleh dimuat turun dilaman blog kami (https://pertaniangombakpetaling.blogspot.com) diruangan PENGUMUMAN.

* Penyertaan kursus Industri Asas Tani (IAT) terhad kepada 1 permohonan/individu SAHAJA.

* Penyertaan kursus tanaman terhad kepada 3 permohonan/individu SAHAJA.

* Kursus yang ditawarkan adalah KURSUS ASAS sahaja.

* Pemilihan peserta adalah muktamad dan tertakluk kepada KULULUSAN Pegawai Pertanian Daerah.

* Tiada sebarang BAYARAN dikenakan dan MAKAN/MINUM disediakan.

* Peserta yang telah mendapat kelulusan akan DIHUBUNGI oleh Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling.

Borang permohonan boleh dihantar melalui dua cara sama ada melalui serahan tangan di kaunter pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling atau melalui email (jpn.gombak@gmail.com)

Sebarang pertanyaan mengenai kursus ini boleh menghubungi kami di talian 03-61896905 atau boleh menghantar pertanyaan di Facebook/Blog.


#doaselangor
#agroselangor
#pertaniangombak
#pertanianpetaling

Saturday, January 26, 2019

Majlis Pelancaran Program Kebun Komuniti Dan Pertandingan ''Edible Garden'' Majlis Perbandaran Selayang 2018



Pegawai Pertanian Daerah Gombak/Petaling, En. Abdul Razak Abdul Rahman bersama kakitangan mewakili Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling telah hadir memenuhi undangan dari pihak Majlis Perbandaran Selayang sempena Majlis Pelancaran Program Kebun Komuniti Dan Pertandingan ''Edible Garden'' Majlis Perbandaran Selayang 2018 pada :


Tarikh : 26 Januari 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 9.00 Pagi
Tempat : Dewan MPKK, Kampung Sungai Tua Baharu



Majlis ini telah dirasmikan oleh YBRS, Tuan Suliman Bin Abd Rahman A.M.N., P.P.T. Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Selayang.









#OurFoodOurFuture
#Doaselangor
#Agroselangor
#pejabatpertaniandaerahgombakpetaling


Friday, January 11, 2019

LAWATAN DARI KELAB KEBUN KOMUNITI USJ12 DI PUSAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK/PETALING


Lawatan dari Kelab Komuniti USJ12 di Pusat Pertanian Daerah Gombak/Petaling ke Plot Pemerhatian Tanaman Pokok Tin, Tanaman Cendawan, Nurseri dan Veggie Factory. Seramai 4 pelawat mewakili YB ADUN Subang Jaya dengan tujuan mempelajari lebih mendalam berkaitan sistem dan teknologi pertanian.

Plot Pemerhatian Nurseri

Plot Pemerhatian Tanaman Pokok Tin

Plot Pemerhatian Tanaman Pokok Tin




Plot Pemerhatian Tanaman Cendawan


Veggie Factory

Gambar bersama pegawai Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling


#Agroselangor
#doaselangor
#OurFoodOurFuture
#pejabatpertaniangombak
#pejabatpertanianpetaling



Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling