Jika rumpai ini didapati di kawasan persekitaran anda, anda boleh terus menghubungi pihak Pejabat Pertanian atau Jabatan Pertanian terdekat. Bagi kawasan Daerah Gombak dan Petaling boleh terus menghubungi kami ditalian 03-61896905

Tuesday, December 23, 2014
Wednesday, December 17, 2014
Selangor Agrofest 2014
SELANGOR AGROFEST 2014
Datang beramai-ramai ke SELANGOR AGROFEST 2014 bertempat di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam bermula 18 Disember hingga 21 Disember 2014. Pelbagai pameran dan aktiviti menarik yang boleh dilawati dan disertai.
Maps ke : Stadium Sungai Besar
Maps ke : Stadium Sungai Besar
Sunday, November 9, 2014
Lawatan IAT dari Pejabat Pertanian Daerah Kinta, Daerah Klang, Hulu Langat dan Juga Daerah Sabak Bernam ke KIMAR
Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling telah menerima permintaan lawatan IAT ke KIMAR (Kompleks Industri Makanan MARA) oleh 4 pejabat pertanian daerah iaitu daerah Kinta (Perak), Daerah Klang (Selangor), Daerah Hulu Langat (Selangor) dan juga daerah Sabak Bernam (Selangor).
Lawatan pertama yang pertama kami terima adalah dari Pejabat Pertanian Daerah Kinta, Perak iaitu pada hujung bulan Ogos dan dikelolakan oleh Penolong Pegawai Pertanian Daerah Gombak/Petaling Puan Noraini menggantikan Puan Azfa Norhalili yang masih dalam cuti bersalin.
Lawatan IAT dari Pejabat Pertanian Daerah Kinta
Untuk lawatan yang ke dua dan ke tiga iaitu pada awal dan pertengahan bulan September dari Pejabat Pertanian Daerah Klang, Hulu Langat dan Sabak Bernam, lawatan kali ini dikelolakan sendiri oleh Penolong Pegawai Pertanian IAT Puan Azfa Norhalili. Seperti biasa sedikit penerangan akan diberikan oleh Pengurus atau wakil Pengurus KIMAR mengenai latar belakang KIMAR.
Lawatan IAT dari Pejabat Pertanian Daerah Klang dan Hulu Langat
Lawatan IAT dari Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam
Selepas penerangan serba sedikit mengenai latar belakang KIMAR oleh Pengurus dan wakil Pengurus peserta lawatan dibawa melawat kilang usahawan bumiputera yang terdapat didalam KIMAR seperti Kilang Mayonis, Roti Kebab, Frozen Food dan sebagainya.
Tuesday, October 21, 2014
RUMPAI BERBAHAYA : RUMPAI MIANG MEXICO
Rumpai Miang Mexico atau nama sainstifiknya Parthenium hysterophorus dari famili Asteraceae merupakan sejenis rumpai liar yang berasal dari negara Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Rumpai ini juga dikenali sebagai Carrot Weed.
Rumpai ini boleh tumbuh di pelbagai jenis dan keadaan tanah termasuklah tanah kurang subur. Ia kelihatan seperti ulam raja dan panjang daun 30cm dengan bilangan daun yang boleh mencapai 55 helai.
Bunga Rumpai Miang Mexico
Bunga rumpai ini berwarna putih susu (krim) dengan ukuran diameter 4-6mm, pada batang rumpai ini terdapat bulu-bulu halus (trikomes) dan bercabang. Biji benih rumpai ini berwarna perang kehitaman berbentuk seperti baji dan boleh mencapai 100,000 biji benih perpokok dalam satu kitaran hidup lengkap iaitu 3-4 bulan.
Rumpai ini merebak melalui angin, air yang mengalir, makanan haiwan ternakan, haiwan ternakan yang diimport, pergerakan haiwan ternakan, manusia dan pergerakan jentera, serta alatan pertanian.
Rumpai ini dikatakan sebagai rumpai yang berbahaya kerana memberi kesan kepada ekosistem semulajadi, menyebabkan alahan kepada manusia dan haiwan yang boleh membawa kepada kematian.
Kehadiran rumpai ini mula dikesan pada bulan September 2014 oleh Jabatan Pertanian Malaysia di kawasan Ulu Yam Baru, Selangor dan selepas itu bancian telah dijalankan dengan sistematik dan didapati negeri Perak, Kedah dan Negeri Sembilan juga mempunyai rumpai ini.
Ancaman bahaya dari rumpai ini telah dilabelkan sebagai rumpai paling teruk abad ini kerana mengurangkan hasil pertanian serta ternakan bagi sesebuah negara dan seterusnya mengalami kerugian besar disamping menimbulkan masalah kesihatan yang kronik pada manusia.
Akta rumpai telah memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pemilik tanah yang membiarkan rumpai ini tumbuh ditanah mereka tanpa usaha menghapuskannya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memastikan rumpai ini terhapus dari negara kita supaya hasil pertanian dan ternakan serta keselamatan manusia terjamin.
Pada pamplet dibawah ini terdapat cara kawalan bagi rumpai ini yang boleh dijadikan rujukan umum dalam menghapuskan rumpai berbahaya ini.
Sebarang info atau aduan bolehlah terus menghubungi Pejabat Pertanian berhampiran atau Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Kuala Lumpur di talian 03-2030 1400 atau layari Facebook Biosekuriti Tumbuhan.
P/S : Jika rumpai ini dikesan dikawasan daerah Gombak atau Petaling pihak berkenaan boleh terus menghubungi kami di talian 03-61896905 atau PM kami di Facebook Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling
"BERSAMA KITA HAPUSKAN RUMPAI INI DEMI
KEPENTINGAN INDUSTRI PERTANIAN NEGARA"


































