Monday, September 29, 2014

Pasar Jualan Terus Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling menyahut seruan Kempen Jihad Memerangi Orang Tengah


Pasar Jualan Terus yang dikendalikan oleh Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling menjadi salah satu usaha menyahut seruan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dalam memerangi orang tengah bagi sub sektor sayur-sayuran dan buah-buahan.

Seperti yang terkandung dalam teks ucapan Menteri Pertanian semasa pelancaran Kempen Jihad Memerangi Orang Tengah, masalah orang tengah ini bukanlah isu yang baru malah telah berakar umbi sekian lama di dalam masyarakat petani. Orang tengah atau pemborong telah menguasai rantaian ini melalui manipulasi harga, timbangan dan bekalan input.

Maka dengan adanya Pasar Jualan Terus ini secara tidak langsung dapat membantu petani memasarkan hasil ladang mereka secara terus tanpa melalui orang tengah atau pemborong. 





Pasar Jualan Terus beroperasi setiap hari Sabtu bermula pukul 7.00 pagi hingga 11.00 tengah hari bertempat di Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling.




Download :




Wednesday, September 10, 2014

Program Pembangunan Komoniti Masyarakat India Batu Arang


Program ini diadakan pada 6 September 2014 di Dewan Orang Ramai Kuil Balanagesar Batu Arang, program ini khusus diadakan untuk komoniti masyarakat india di sana. Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat india kearah bidang pertanian dikawasan perumahan yang dipanggil pertanian bandar disamping dapat menjimatkan kos dapur. 







Persediaan sehari sebelum program

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Shukur Haji Idrus Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Ketua UMNO bahagian selayang ADUN N13 Kuang dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sri Murugan Center Encik Suriandran.









Semoga komuniti ini mempraktikkan serta menggunakan sebaik mungkin apa yang dipelajari dan diberi. Terima Kasih kepada semua pihak diatas kerjasama yang telah diberikan.



Saturday, August 30, 2014

12 Ogos 2014 (Selasa) - Mesyuarat MOA Inc. Bil 8/2014 serta Lawatan Ladang


Sebulat suara hasil dari perbincangan bersama pegawai-pegawai agensi MOA Inc. dan pengerusi buat kali pertamanya mesyuarat MOA Inc. iaitu mesyuarat bilangan 8/2014 diadakan di Pejabat Pertubuhan Peladang Daerah Gombak/Petaling. Selain mesyuarat pada hari itu juga satu lawatan ladang kontrak diadakan iaitu melibatkan ladang En. Khairazi yang juga peserta projek dibawah kelolaan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling (Pegawai Kawasan : En. Akmal Khair Jasmani) dan lawatan ke projek-projek milik Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak/Petaling.
Mesyuarat MOA Inc. Bilangan 8/2014

Lawatan Ladang Rock Melon En. Khairazi
Pemberian Baja oleh Pegawai Pertanian Gombak/Petaling En. Abdul Razak kepada En. Khairazi 
Sumber Pengairan bagi ladang En. Khairazi


Lawatan Ladang Projek Rock Melon Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak/Petaling
 

Lawatan Projek IAT Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak/Petaling
 
 

Pada akhir lawatan kami semua meluangkan masa bersama-sama menikmati juadah Nasi Arab yang disediakan oleh pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak/Petaling. 

Terima Kasih kepada semua agensi MOA Inc. diatas kerjasama yang diberikan terutama tuan rumah bagi mesyuarat MOA Inc. kali ini iaitu Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak/Petaling.


Monday, August 4, 2014

Pendaftaran Kursus Skill Animasi

Pencarian Peserta Dan Pendaftaran Kursus Skill Animasi

Kursus ini terbuka kepada semua remaja yang tidak berpeluang memasuki mana-mana kolej, universiti serta tidak lulus SPM dan tidak bekerja antara umur 18 hingga 21 tahun. Jangka masa latihan adalah selama 6 bulan. Makan, minum, pengangkutan dan tempat tinggal disediakan. Selama tempoh latihan elaun bulanan akan diberikan. Kursus ini adalah percuma dan dianjurkan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri.

Kursus akan bermula pada : 8 September 2014

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi :

Cik Raziqin : 010-2357906

Encik Sufadzly : 010-2357909

Pejabat : 0377258085

Email : info@i.deas.my


Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling