Borang permohonan boleh dihantar melalui dua cara iaitu melalui serahan tangan atau melalui email (jpn.gombak@gmail.com). Sebarang pertanyaan mengenai kursus ini sila hubungi pihak kami ditalian 03-61896905, melalui email dan juga laman Facebook kami (Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling)

Wednesday, January 10, 2018
Tuesday, December 5, 2017
Program Latihan Kemahiran Pertanian (Sijil/Diploma Kemahiran) Pengambilan bagi bulan Januari 2018
PENGAMBILAN UNTUK BULAN JANUARI 2018 bagi Program Latihan Kemahiran Pertanian Sijil/Diploma Kemahiran dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
Kos Pengajian, Penginapan, Makan dan Minum PERCUMA dengan mendapat elaun secara bulanan.
Syarat Permohonan :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 hingga 25 tahun
3. Lulus SPM atau setaraf
4. Sihat tubuh badan
Bidang yang ditawarkan :
* Tanaman
* Ternakan (Ruminan & Poltri)
* Teknologi Perikanan Tangkapan
* Pengeluaran Padi
* Pemasaran
* Pemprosesan Makanan
* Akuakultur Air Tawar
* Akuakultur Marin
Pengambilan pelajar bagi bulan Januari 2018 akan ditutup pada 15.12.2017
Berminat? boleh mohon secara online di laman web http://atpis.moa.gov.my/V4/online/application/
Monday, December 4, 2017
AGROGEMS (Agro Generasi Muda Selangor)
Peluang keemasan untuk anak-anak muda yang ingin menjadi usahawan tani..
Seminar AGROGEMS (Agro Generasi Muda Selangor)
Tarikh : 5 Disember 2017 (Selasa)
Masa : 8.00pg - 5 petang
Tempat : Dewan Orkid, Tingkat 4, Wisma PKPS, Shah Alam.
Bayaran: RM10 sahaja
Peserta akan didedahkan kepada :
1- Peluang Perniagaan Dalam Sektor Pertanian/Penternakan
2- Pengenalan Teknologi Fertigasi Tanaman Rock Melon/Cili
3- Pendedahan Sektor Penternakan Ayam Kampung di Selangor
4- Pendedahan Sektor Penternakan Ikan Air Tawar di Selangor
Syarat² penyertaan :
- Berumur 18-40 tahun
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak Selangor
- Bermastatutin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
- Terbuka kepada yang sedang/belum menjalankan projek pertanian
Pendaftaran secara atas talian boleh dibuat melalui link berikut :
Dikeluarkan oleh :
Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani
Kerajaan Negeri Selangor
24 November 2017
Maklumat lanjut boleh didapati di Page Agro Generasi Muda Selangor - AGROGEMS
Sunday, November 26, 2017
KARNIVAL JELAJAH INFRATANI DUN TAMAN TEMPLER
Karnival Jelajah Infratani Dun Taman Templer yang dirasmikan oleh YB Hj Zaidy Abdul Talib di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang semalam 25 November 2017, dimana Negeri Selangor bakal diletakkan sebagai peneraju pertanian moden negara.
Lagi gambar di Laman Rasmi Facebook kami :


























