Sunday, February 22, 2015

Kursus Industri Asas Tani 2015




 Takwim Kursus bagi Kursus berasaskan Industri Asas Tani yang telah pihak kami kotakkan dengan warna merah boleh dimohon oleh sesiapa yang berminat dan ianya terhad kepada 30 peserta sahaja. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat kami atau muat turun di bahagian PENGUMUMAN pada laman blogsport ini.



 Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Pusat Bimbingan Usahawan (PBU) pengambilan peserta dibuat setahun sekali serta jangkamasa kursus adalah selama 6 bulan dimana makan, minum dan penginapan disediakan. Info lanjut mengenai Kursus ini boleh dilihat pada laman web rasmi Jabatan Pertanian Malaysia 


Tuesday, February 3, 2015

Kursus Asas Tani : Hidroponik pada 31 Januari 2013 di Garnet Apartment, Puchong Perdana


Kursus Asas Tani : Hidroponik pada 31 Januari 2013 di Garnet Apartment, Puchong Perdana
kawasan dibawah selian Pegawai Kawasan Puan Khairiyanty










Sunday, February 1, 2015

Majlis Perasmian Starbucks Community Edible Garden At Kota Kemuning


Majlis Perasmian Starbucks Community Edible Garden @ Kota Kemuning oleh Dr. Jane Goodall seorang pengasas Program Roots & Shoots, turut hadir bersama Pegawai Pertanian Daerah En. Abdul Razak, Pegawai Kawasan Puan Khairiyanty bersama wakil dari Jabatan Pertanian Malaysia En. Adli.   












Monday, January 19, 2015

Bahaya Epal Granny Smith dan Gala Kepada Manusia


Selepas Rumpai Miang Mexico kini timbul pula satu lagi kes dimana epal jenis Granny Smith dan Gala dicemari oleh sejenis bakteria Listeria monocytogenes yang boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada manusia dan ia juga berisiko membawa kepada kematian.

Epal Granny Smith

Epal jenis Granny Smith dan Gala ini dikeluarkan oleh Syarikat Bidart Brother di California, Amerika Syarikat telah dikenalpasti tercemar oleh pihak United States Food and Drug Administration (USFDA).

Epal Gala

Epal yang telah dicemari oleh bakteria Listeria monocytogenes berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda fizikal. Bakteria ini akan
menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya.

Bakteria Listeria monocytogenes

Kementerian Kesihatan telah mengenakan pemeriksaan tahan,uji, lepas ke atas pengimport dua jenis epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brother di semua pintu masuk. Kementerian Kesihatan juga telah mengenalpasti 2 pengimport epal ini dan telah mengarahkan pengimport terbabit memanggil balik buah epal tersebut dari pasaran.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat lanjut mengenai isu ini boleh layari laman web dibawah :




Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling